Eoon Qi Xuan

Eoon Qi Xuan (lahir 2 November 2000) ialah pemain badminton Malaysia.[1] Beliau merupakan lulusan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan dinaikkan pangkat ke skuad senior kebangsaan pada Januari 2019.[2] Beliau merupakan pemenang pingat gangsa perseorangan wanita di Kejohanan Remaja Asia 2017,[3] dan merupakan sebahagian daripada pasukan remaja yang memenangi pingat gangsa pada 2017, 2018 dan perak di Kejohanan Remaja Dunia 2017. Beliau ialah ahli pasukan wanita kebangsaan Malaysia yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara 2019[2][4] dan Kejohanan Pasukan Asia 2020.[5][6] Beliau juga merupakan sebahagian dari pasukan campuran kebangsaan yang meraih gangsa pada Piala Sudirman 2021.[7]

Eoon Qi Xuan

Lahir (2000-11-02) 2 November 2000 (umur 20)
Perak, Malaysia
Cakat tangan Kanan
Rekod karier 72 kemenangan, 42 kekalahan
Negara Malaysia
Ranking semasa 123 (5 Oktober 2021)
Ranking tertinggi 123 (5 Oktober 2021)

Rujukan

WikiPedia: Eoon Qi Xuan http://www.xinhuanet.com/english/2020-02/16/c_1387... http://bam.org.my/news/malaysia-2020-asia-team-cha... http://bam.org.my/player/eoon-qi-xuan https://www.astroawani.com/berita-sukan/piala-sudi... https://www.stadiumastro.com/sports/badminton/arti... https://bwf.tournamentsoftware.com/player-profile/... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2017/07/26... https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2019/10... https://web.archive.org/web/20190910134000/http://...